hero

tentang kami

Laman Utama/Tentang Kami

PENGENALAN

SUNGAI REZEKI SDN BHD (SRSB) adalah merupakan syarikat pemilikan 100% Bumiputera Negeri Johor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan berpengalaman lebih 20 tahun mengurus ladang sawit.
MISI
Kami beriltizam untuk menjalin kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat Bumiputera dalam industri logistik dan pengangkutan, sebagai usaha memperkukuh jaringan perniagaan serta membuktikan bahawa syarikat Bumiputera mampu bersaing secara kompetitif dengan entiti bukan Bumiputera. Usaha ini turut disasarkan untuk memberi impak positif kepada masyarakat melalui penciptaan peluang pekerjaan dan menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.

Selaras dengan komitmen kami terhadap slogan “Mekanisasi Solusi Kehadapan”, syarikat kami memberi tumpuan kepada inovasi dalam mekanisasi dan penyelesaian logistik yang lebih cekap serta mampan. Kami percaya bahawa melalui pendekatan ini, kami dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih responsif, sistematik dan bernilai tambah kepada semua pelanggan serta rakan niaga.
VISI
Visi kami adalah untuk menjadi peneraju utama dalam industri logistik dan pengangkutan, dikenali atas kecemerlangan perkhidmatan yang menepati piawaian kualiti tertinggi. Kami berusaha untuk menjadi rakan logistik pilihan dengan mengutamakan kecekapan operasi, keselamatan, kebolehpercayaan serta pematuhan kepada standard industri yang ketat.

Dipandu oleh aspirasi “Mekanisasi Solusi Kehadapan”, kami komited untuk menerapkan teknologi terkini dan memantapkan kemahiran tenaga kerja demi memastikan perkhidmatan kami kekal relevan, inovatif, dan kompetitif. Usaha ini menjadi asas kepada pembangunan masa depan industri logistik yang lebih progresif, mampan, dan berimpak tinggi kepada pelanggan serta masyarakat.

BARISAN PENERAJU

avatar

Jamaludin Bin Kamal Ho

Chief Executive Officer

avatar

Norhidayah Abbdul Rahim

Chief Financial Officer

Dari Ladang ke Empayar

“ Nama Sungai Rezeki berasal daripada sebuah ladang yang bernama Ladang Sungai Papan iaitu ladang milik Kulim Malaysia Berhad, yang kini dikenali sebagai Johor Plantation Berhad (JPB) anak syarikat Johor Corporation (JCorp) . Ladang ini bukan sekadar lokasi biasa; ia merupakan tempat saya dibesarkan dan menerima pendidikan awal. Seawal usia 16 tahun, sewaktu dibangku persekolahan, saya mula mendalami dunia perladangan secara langsung, segalanya bermula di Ladang Sungai Papan.

Perjalanan ini bermula dengan asas yang sederhana—diasaskan di tanah yang telah membentuk saya sejak kecil. Dari kehidupan di tengah-tengah barisan tanaman hingga mempelajari nilai kerja keras pada usia muda, pengalaman ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan yang lebih besar. Kisah ini bukan sekadar tentang permulaan yang kecil, tetapi juga tentang bagaimana usaha dan dedikasi mampu mengubah sesuatu yang sederhana menjadi pencapaian yang bermakna. Ia mencerminkan peluang yang hadir dalam bentuk yang tidak dijangka—bahawa rezeki sentiasa mengalir bagi mereka yang berusaha mencarinya dengan tekad dan kesungguhan. “ - Jamaludin, Chief Executive Officer

Hubungi Kami

SUNGAI REZEKI SDN BHD
No. 20/02 Jalan Cengal 1
Taman Desaru Utama
Bandar Penawar
81930 Kota Tinggi, Johor

Bengkel Kami

Bengkel Utama
Jalan Tanjung Balau,
Bandar Penawar
81930, Kota Tinggi
Johor

Servis Kami

Pautan Pantas


© SUNGAI REZEKI SDN BHD (889171-P), Hak Cipta Terpelihara